Suara Rindu
Buat sahabat sejati yang sedang renang dalam tasik sunyi... Moga kau naik ke tebing... Anas...
Andainya kau terperangkap dalam jerat sunyi,
dengarlah bisikan ini.
Andainya kerinduan membaluti hatimu,
dengarlah suara ini.
Andainya sayu itu sudah sebati dengan dirimu,
dengar jeritan ini.
Dengarlah,
ketahuilah,
bahawa aku juga terjerat dalam perangkap itu,
hatiku jua lesu barangkali dengan rindu itu,
sayu itu juga berakar umbi,
menjalar akarnya ke segenap tubuhku,
sejengkal jalarannya,
selabu air mataku,
kerna pedihnya rindu dan sunyi itu.
Dalam kepiluan itu,
bergetar pula hatiku,
sudah bosan barangkali,
"Adakah tangisan itu melegakan kerinduanmu?"
dan aku terhenti menangis.
Dalam kepedihan itu,
tersembunyi sebuah ujian,
"Adakah kau sanggup menahan?"
"Adakah kau akan pohon kekuatan dariKu?"
dan aku memandang ke langit,
setelah reda tangisan barulah kusedar,
betapa birunya langit di atasku.
Dalam kepiluan itu,
terselit seribu satu pengalaman,
yang terpahat dalam memori,
selamanya,
dan memori itu tidak sekali-kali akan padam,
meskipun setelah dua alam kulangkah dari dunia ini,
dan kuharap,
kuyakin,
suatu hari nanti,
pasti memori inilah yang akan dibualkan,
di suatu tempat,
yang di bawahnya mengalir sungai-sungai.
Adakah kau tahu,
betapa kumahu kau dalam dakapan eratku,
betapa kumahu pelukan itu biar kekal,
selama mana takdir memisahkan kita,
agar terhapusnya sunyi itu,
agar hilang haus rinduku,
agar kering air mataku.
Akan kunanti saat tiada lagi sunyi, rindu, dan pilu.
Haris Noor
Taman Meru
7 Disember, 2006
03:52
2 Comments:
Sunyi, rindu dan pilu
adalah kemanisan dalam kepahitan,
adalah tafsiran memori sebuah persahabatan,
Coretan dan lakaran,
bisa menyembuhkan luka hari-hari sunyi,
bisa menyemai ukhuwah yang kita dambakan.
Terima kasih untuk sajakmu itu~
Not bad sajak tuh...menusuk hati! mantap...tq very much
salam,
sweetnya kalian bertukar-tukar sajak~
aku pun tgh kerinduan yg teruk nih, sahabat2 yang pernah tersungkur bersama bangun bersama, bergilir bahu tampung menangis, bertukar jenaka sambung ketawa, sudah dipisahkan oleh lautan dan benua. not to mention hati yang tercampak jauh ke benua yang tidak pernah dijejaki, tidak tercapai tangan menggapai.
kalau persahabatan itu indah, kenapa rindu begitu payah?
meow~
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home