Monday, December 11, 2006

In need of a teacher I

September, Oktober, November, Disember, Januari.


Aku ada lima bulan untuk diisi sebelum sayapku tumbuh. Kawan-kawan aku semuanya sudah migrasi ke UK, Ireland, New Zealand, India, dan Indonesia. Migrasiku ke Australia. Bulan dua, 2007.

Kawan-kawanku direntap kejam dariku. Hingga terkoyak hatiku. Sakit betul. Sedih betul. Memikirkan tentang kawan-kawanku hanya menambahkan lagi garam ke luka hatiku. Lebih baik aku sibukkan diri aku saja. Sekurang-kurangnya dapatlah aku melupakan kawan-kawanku buat seketika. (Maaf kawan-kawan!)

Tapi bagaimana? Bermain PS2? Takkanlah aku nak mengadap itu sepanjang hari. Mengamuk mama aku nanti. Tengok anime atau siri TV? Lama-lama lenguh pula rasanya badan asyik duduk saja. Reka wallpaper? Tak ada ilham pula. Melukis? Pun sama.

Habis tu apa?

Itu kisah aku lebih kurang tiga bulan yang lalu. Kini aku mengajar di Pusat Pendidikan Masteri sebagai seorang guru tuisyen. Pusat tuisyen yang menduduki dua lot pada tingkat satu bangunan rumah kedai di Pusat Komersial Taman Meru itu yang aku sangka pusat tuisyen yang biasa sahaja rupa-rupanya lebih daripada biasa. Agak berjaya. Banyak pelajar; daripada pra-Darjah 1 hinggalah ke MUET. Aku guru kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang bernasib kurang baik kerana langkah bodoh kerajaan menukarkan sukatan subjek-subjek sains dan matematik kepada Bahasa Inggeris. (Bukan aku tak setuju dengan penukaran bahasa itu, tapi janganlah tukar sekerat jalan. Budak-budak itu sebelumnya belajar subjek-subjek itu dalam Bahasa Melayu. Tukar secara tiba-tiba bagaikan seorang kanak-kanak yang dipaksa bertukar keluarga walhal keluarga asal yang sudah bertahun-tahun hidup bersama masih wujud. Kalau mahu tukar, tukar bermula daripada Darjah 1.) Jauh pula aku merayau. Apa-apa pun, aku mengajar subjek Chemistry dan Biology.

Nak tahu gaji aku? RM15 sejam. Aku mengajar sejam setengah pada hari Isnin dan sejam setengah juga pada hari Jumaat, jadi seminggu aku bekerja selama tiga jam. Sebulan berapa gaji aku? Hah, kira sendiri!

Bagaimana aku boleh bekerja di situ? Tak usah tanya. Panjang ceritanya. Cerita versi pendek pula malas mahu tulis. Aku memang manusia malas.

1 Comments:

At 1:05 AM , Anonymous Anonymous said...

Hello, i reaԁ yοur blog occasiоnally anԁ i own a simіlar one and i was just curiouѕ іf you get a lot of
spam гesponѕes? If sο how do уou stop it, anу plugin or anythіng you can advise?
I get so much lately it's driving me crazy so any help is very much appreciated.

my web site ... koszalin.pl

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home