Wednesday, January 24, 2007

Burden gives Wisdom

“Why do we fall down?” asked the boy.

After a long silence, the man said, “So that we learn to pick ourselves up!”

(a morphed extract from the movie Batman Begins)

What is life in this world without any hardships and obstacles and problems? Imagine life filled only with happiness, and is essentially beds of roses. Yes, we would feel very much happy. But don’t you think it would be quite empty? Nothing to feel except happiness. No need for hope, no need for longing, no need for anxiety, no need for sorrow, no need for fury.

You see, all these feelings are what makes us human. Hope, longing, anxiety, sorrow, fury, and other thousands of feelings, even some indescribable. These feelings were born from all the hardships and obstacles that we inevitably encounter in this world. We hope because that glimmer of light is the driving force that keeps us going. We long for the people that we love to be reunited with us. We are ridden with sadness and weep because we are hurt, but that scar is a great teacher to us. We feel the fury in our hearts when our kindred are abused, so from that the flame in our hearts fuel the strength to protect. What is life in this world without these feelings, which in turn were born from hardships and obstacles?

Why then Allah burden us all with hardships? Isn’t it so that we learn? So that we become wiser?

The wise wouldn’t be called as such if it were not for the wisdom he had gathered along the paths of his life.

The greater and heavier the burden, the more wisdom he gains, and the wiser he becomes. Strangely, wisdom has a powerful effect on humans. It affects the maturity, the way of thinking, and the psychology of humans.

Look at (almost) any 7-year-old child in Malaysia. They don’t have any care for the world. They run. They jump. They climb. They play. They laugh. They only think of having fun.

Now look at any 7-year-old child in Palestine, for instance. Wisdom has transformed them. Every day they think about the safety of not only themselves, but also the safety of their family. They are already thinking of protecting their family. They keep thinking about death. They are already thinking about fighting. It made me wonder still, how can their minds become like those of an adult. A complete transformation, compared to the children in Malaysia. So matured.

Look at what the burden has made to a teenage as the eldest brother to four younger brothers and sisters, just having lost his dearest parents. Watch as the wisdom he gains allows him to act as a replacement for a mother and a father to his siblings. Watch as he struggles to become the breadwinner of the family. Watch as his face hardens as his mind continuously wonder how is he going to pay the school fees of his siblings. He is so different from most of us, back when we were of the that age. So matured.

Wisdom accelerates the mental maturity of humans. A 7-year-old child may have the maturity of an 18-year-old. A 16-year-old teenager can become as matured as a 23-year-old. When humans mature faster, they can adapt and survive the cruel world becomes an easier task. (easy is too strong a word, and I can't seem to find a replacement)

But everything has its price. The greatest price for those valuable wisdom is the psychological changes. Do the children in Palestine have fun and be as happy as the children in Malaysia? Do the teenager that has to carry the role of a mother and father can enjoy and be as carefree as other teenagers that can still feel their mother’s and father’s embrace? No. The psyche of the wise is forever changed.

In wisdom, there is knowledge. And in knowledge, there is power. If not, why then people turn to the wise for advice and consultation?

(Recently, I was burdened with a weight so great that a person of my age should not be carrying. I never imagined that I, a person so young, have to carry this burden. In fact, the burden still rests on my shoulder. In the desperation and intense thinking, I realized that am not a 20-year-old. I am, in actuality, an adult in his late twenties. My mind ages faster than my physical body does, fortunately or unfortunately I cannot tell. Of course the wisdom I gained is unimaginable. However, with that great wisdom comes a great price. Now, I am still paying that price. Slowly and painfully.)

Tuesday, January 23, 2007

Air mata Mama


"Pernahkah kau melihat ibumu menangis?"

Itulah soalanku. Pendek dan kecil, tapi soalan itu sendiri berat dan menimbulkan aneka macam fikiran. Itu bukan soalan yang aku quote dari mana-mana. Itu memang soalan daripada aku sendiri.

Aku pernah.

Dan percayalah saat aku menoleh dan ternampak ibuku menangis, terasa seolah-olah seluruh dunia ini menjadi putih kekayangan dan yang wujud di tengah-tengah putih itu hanyalah aku dan ibuku. Air mata jernih yang menitis dari mata-mata yang sering kutenung dengan kasih sayang itu seperti membawa bersamanya suatu beban yang menghentam tanah yang kupijak. Maka bergegarlah hatiku. Air mata yang menitis itu seolah-olah bertukar menjadi wap belum sempat ia menyentuh tanah, lalu ditiup angin halimunan yang datang ke arahku. Angin air mata itu meluncur menembusi diriku, melarikan bersamanya segala apa perasaan yang hadir dalam lubuk hatiku. Yang tinggal hanyalah perasaan sayu dan sedih.

Dan aku tenung wajah ibuku, dan tenungan itu tak kusangka memberikan suatu torehan yang begitu dalam ke atas hatiku. Ya Allah, sakitnya. Pilunya. Sekiranya aku pilu yang kurasakan sudah begitu menyeksakan, aku tertanya-tanya bagaimana pula seksa hati ibuku. Ya Allah berilah dia kekuatan, YA ALLAH!!! Aku benar-benar memohon kepadaMu, Ya Allah, kerana tiada siapa lagi dalam dunia ini yang mampu menolongku, melainkan Kau, Ya Allah... Siapa lagi kalau bukan Kau, Ya Allah...

Dalam kesayuan hatiku, aku sendiri tidak menangis. Mataku yang menangis hanya akan menambahkan lagi kepiluan ibuku. Namun, kubiarkan saja hatiku meraung. Kalau kumampu, mahu kutahan saja air mata itu daripada mengalir lagi. Kalau kumampu, mahu saja kurompak perasaan sayu dan pilu itu dari ibuku. Biarlah aku saja yang terseksa. Aku masih muda. Ibuku bukan muda lagi. Hati mudaku masih boleh menahan semua torehan itu. Aku risau hati ibuku teruk berdarah. Aku hanya mahu ibuku gembira. Aku hanya mahu ibuku gembira. Aku hanya mahu ibuku gembira.

Bagaimana aku boleh pergi ke luar negara, meninggalkan ibuku terseksa seorang diri? Serba salah dibuatnya hatiku. Pemergianku seolah-olah menjadikan aku pentingkan diri sendiri. Siapa lagi yang akan mendakap ibuku jika aku tiada di sisi ibuku? Siapa lagi yang akan memujuk ibuku? Siapa lagi kalau bukan aku? Siapa lagi, beritahu aku? Ya Allah, bagaimana, ya Allah? Diluah mati emak, ditelan mati bapa.

Aku tersenyum pilu dan melihat kau yang sedang membaca ini, dan berkata,

"Andainya kau pernah melihat ibumu menangis..."

Monday, January 08, 2007

Azhar Mansur: Islam atau tidak?

Assalamualaikum para pengunjung.


Katakanlah, ya, katakanlah anda sedang berjalan seorang diri dalam kesibukan kota metropolitan, sedang menuju ke pusat beli-belah terkemuka MidValley. Tidak semena-mena, muncul seorang jejaka yang sedang memasang muka selamba melangkah terus ke hadapan anda, menghalang anda daripada terus mara. Anda mengimbas lelaki itu dari rambut hingga ke kakinya. Kelihatan dia seperti seorang lelaki yang biasa, dengan rambut hitam beralun bersikat ke tepi, kaca mata yang terletak kemas di atas batang hidungnya, janggut halus yang dipotong rapi pada dagu, kemeja kapas warna biru langit yang sepadan dengan warna kulitnya, seluar hitam yang segak, dan kasut kulit perang yang berkilat memantul sinar mentari yang tegak pada waktu itu. Lelaki itu mengangkat tangannya lalu menikam-nikam udara di hadapan muka anda dengan jari telunjuknya, sambil mulutnya berkata, "Engkau murtad!" Serentak perkataan "murtad" itu keluar dari mulutnya, orang yang lalu lalang di jalanan terus menoleh ke arah anda dan memandang anda dengan suatu pandangan yang benar-benar membuatkan anda terasa seolah-olah anda seekor tikus makmal dalam sangkar yang sedang diperhatikan sekumpulan saintis. Ada pula yang langsung menghentikan langkah dan mengalih perhatian terhadap anda dan lelaki tersebut. Nampaknya suara lelaki tadi cukup kuat. Anda terperangkap dalam renungan mata orang di sekeliling anda.


Apakah yang anda fikirkan sebaik sahaja telinga anda menangkap tuduhan tersebut?
  1. "Murtad??? Ini dah melampau!!! Tak pasal-pasal tuduh aku murtad!!!" Hati anda terbakar kerana marah dengan tuduhan mengejut itu.
  2. "Hmm... whatever... Malas aku nak layan..." Anda terasa mahu mengambil ringan sahaja apa yang diperkatakan oleh lelaki itu.
  3. "Eh? Aku dalam shooting drama ke nih? Apasal aku pulak yang dipilih???" Anda tersenyum sendiri sambil terasa malu kerana menjadi pusat perhatian ramai.
  4. "Uhhh... murtad tu ape???" Mata anda mengarah ke langit dalam usaha untuk mengenal pasti maksud perkataan "murtad" itu.
Saya pasti anda akan berasa panas hati seperti dalam pilihan 1. Orang Islam sejati mana yang tidak marah apabila dituduh mengkhianat agama sendiri?

Seterusnya, apakah reaksi anda terhadap tuduhan tersebut?
  1. Menumbuk/menampar/menggigit dsb. (sebarang jenis tindakan yang menyebabkan kesakitan fizikal terhadap lelaki itu)
  2. Terus sahaja marah-marah sambil meminta lelaki itu menjelaskan tuduhannya.
  3. Cuba bertenang walaupun hati sedang membara. Minta penjelasan daripada lelaki itu secara baik (sungguhpun nada suara anda sedikit marah)
  4. Buat tak tahu sahaja dan terus beredar. "Tak pedulikan orang yang melihat."
Mana-mana pun reaksi anda, saya yakin anda tidak sekali-kali memilih untuk bertindak seperti dalam pilihan 4, bukan? Tuduhan mesti ada penjelasannya!

(Sebenarnya senario menuju ke arah MidValley itu tidak ada kaitan, bukan?)

--------------------------------------------------------------------------

Sekarang ingat betul-betul soalan di atas dan jawapan anda.

Berbalik kepada tajuk entri buat kali ini. Berkaitan dengan Azhar Mansur. Inilah peristiwa yang telah berlaku yang menyebabkan isu murtad begitu kencang lebih sebulan lepas.

Dalam November 2006, Malaysia digemparkan dengan suatu berita bahawa tersebarnya SMS yang mengatakan bahawa Azhar Mansur (pelayar pertama Malaysia yang berjaya melingkari dunia dengan kapal layar) akan menjalankan upacara baptism ke atas sekumpulan orang Islam yang mahu memeluk agama Kristian di sebuah gereja (yang namanya bukan mahu dirahsiakan, tetapi namanya saya terlupa) di Ipoh. Isi SMS ini sekaligus telah menyebabkan Azhar Mansur dituduh murtad.

Sejurus selepas ribut kencang isu itu, para wartawan pun melayang ke sana sini bagai ditiup angin ribut itu pula. Tak habis-habis Azhar Mansur dikerumuni wartawan dari pelbagai media massa mahupun media cetak. Bagai sekumpulan lebah berlegar di sekeliling bunga madu. Masing-masing mengajukan soalan-soalan sendiri.
"Benarkah Datuk akan ke gereja untuk membaptiskan sekumpulan orang Islam?"
"Adakah ini bermakna Datuk memang sudah keluar dari Islam?"
"Betulkah Datuk memeluk agama Kristian?"
"Adakah Datuk mengaku bahawa Datuk sudah murtad?"

Apakah yang anda fikir Azhar Mansur jawab? Jawabnya, "Sabar, sabar. Nanti saya akan beri penjelasan tentang isu ini." sambil mukanya berwajah selamba. Kalau tidakpun jawapannya begini, "Saya tak mahu beri apa-apa komen lagi. Tolong jangan ganggu saya." Setiap kali mukanya pasti memasang riak biasa.

Aik??? Pelik betul bunyi jawapannya. Cuba ingat kembali jawapan anda kepada soalan-soalan di atas.

Bukankah seorang Muslim sejati akan terus sahaja berasa marah dan geram dituduh mengkhianat kepada agama yang selama hidupnya menjadi pegangan. Tak usahlah kita pertikaikan sama ada pegangan itu erat seerat cengkaman akar ke atas tanah ataupun seerat cengkaman tangan ke atas batu bersalut lumut. Sekuat-kuat iman atau selemah-lemah iman sekalipun, kalau bab murtad ini selalunya takkan diambil ringan. Asalkan dituduh murtad sahaja pasti naik angin. "Pantang nenek moyang..." kata orang.

Bukankah jika dituduh murtad sesaat itu juga seorang Muslim sejati akan meminta penjelasan atas tuduhan yang padanya membuta tuli dan menimbulkan provokasi? Bukankah pada detik itu juga pastinya riak mukanya berubah menjadi garang dan kelihatan marah? Bukankah pelik sekiranya seorang "Muslim" membuat sikap acuh tidak acuh apabila orang bertanya, "Adakah anda murtad?"? Bukankah tidak kena sekiranya mukanya langsung tidak berubah apabila segala provokasi itu dihamburkan ke atasnya?

Fikirkanlah.

Kemudian tiba saat yang dinanti-nantikan oleh sepelosok Malaysia. Azhar Mansur mengadakan sidang akhbar semasa Persidangan UMNO pada 17 November 2006. Pada masa inilah Azhar Mansur cuba "menangkis" segala spekulasi. Inilah kenyataan pertamanya (sumber Utusan Malaysia):

Saya merupakan anak Melayu Islam yang lahir di Perlis. Bapa, ibu, abang, saudara saya semuanya Islam, saya hairan kenapa soalan ini boleh timbul,

Mengapa ceritakan kisah ketika baru lahir? Bukankah yang penting itu kisah sekarang? Saya juga merupakan anak Melayu Islam. Anda juga merupakan anak Melayu Islam. Tempat lahir itu sememangnya tidak penting. Ahli keluarga saya juga semuanya Islam. Keluarga anda juga semuanya Islam. Adakah kenyataan itu memberi apa-apa makna terhadap keIslamannya sekarang? Adakah saya seorang sahaja yang lihat sebegitu, ataupun anda juga melihat sebegitu rupa? Mungkinkah ini suatu kenyataan mengelirukan yang sengaja dikeluarkan oleh Azhar Mansur supaya sekali kedengaran seolah-olah dia memang masih Islam?

Fikirkanlah.

Ini pula kenyataan yang seterusnya (sumber BERNAMA):

Tapi (seperti) semua yang kita tahu, tanggungjawab saya, pegangan saya, saya punya 'faith' (keyakinan) adalah kepada Allah s.w.t.... Jangan soal (pegangan agama) saya sekarang ini,

Mengapa semua orang yang mendengar kenyataan ini terus sahaja percaya bahawa Azhar Mansur masih lagi Islam, belum lagi murtad? Bukankah ada kemungkinan dia memang telah beragama Kristian, seperti yang didakwa SMS itu tetapi bercakap seolah-olah dia masih beriman kepada Allah s.w.t.? Adakah dia, sebagai seorang manusia, tidak boleh menipu? Adakah dia hanya menipu semata-mata untuk merahsiakan status keagamaannya? Tambahan pula, mengapa dia tidak menggunakan istilah "iman" untuk mengeluarkan kenyataan itu? Bukankah perkataan "iman" itu sering sahaja digunapakai oleh Muslim merata-rata? Mengapakah dia menggunakan istilah "faith" sebaliknya? Bukankah perkataan itu pula sering digunapakai oleh orang-orang Kristian di mana-mana jua? Bukankah penggunaan istilah "faith" itu hanya akan kedengaran biasa sekiranya dia mengeluarkan kenyataan itu dalam bahasa Inggeris? Bukankah dia sendiri mengaku bahawa dia dilahirkan sebagai anak Melayu Islam? Apakah anak Melayu Islam yang dibesarkan dalam keluarga Islam tidak biasa menggunakan perkataan "iman"?

Kemudian para pemberita meminta supaya Azhar Mansur mengucapkan dua kalimah syahadah untuk menamatkan segala spekulasi dan syak wasangka. Inilah jawapannya (sumber BERNAMA):

You, you, you, mak you suruh you mengucap ke? Bapa I tak suruh I mengucap lagi sebab kita dah mengucap banyak kali sebab sembahyang kita mengucap banyak kali,

Eh, tak boleh, saya tak akan buat itu (mengucap). Ini bukan hari kiamat lagi (di mana) saya akan disoal. Hari kiamat ini kita sama-sama tak tahu kesudahan di mana. Bukan atas ungkapan itu ataupun atas nak bagi sedap telinga,

Mengapa enggan mengucap dan memberi pelbagai alasan yang sebenarnya kalau diteliti tiada kaitannya? Bukankah para pemberita memintanya mengucapkan dua kalimah syahadah itu untuk menamatkan spekulasi dan syak wasangka? Mengapa mengelat? Mengapa dia mengaitkan permintaan itu dengan ibu atau bapa menyuruhnya mengucap? Apakah perkaitannya? Adakah atas sebab kita sudah banyak kali mengucapkan kalimah suci itu dalam solat bermakna kita tidak boleh lagi mengucapkannya semasa kita tidak bersolat? Adakah atas sebab kiamat itu belum kunjung tiba bermakna kita tidak boleh mengucapkannya lebih awal lagi?

049.012 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلا تَجَسَّسُوا وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
Meaning: "O ye who believe! Avoid suspicion as much (as possible): for suspicion in some cases is a sin: And spy not on each other behind their backs. Would any of you like to eat the flesh of his dead brother? Nay, ye would abhor it...But fear Allah: For Allah is Oft-Returning, Most Merciful."

Al-Qur'an, 049.012 (Al-Hujraat [The Private Apartments, The Inner Apartments])

(Maaf transkrip Arab terpisah-pisah hurufnya)

Saya sememangnya tahu bahawa sebagai seorang Muslim, haram untuk kita bersangka buruk terhadap orang lain, malah sebaliknya kita disarankan untuk husnu-dzon, iaitu bersangka baik. Sepasang lelaki dan perempuan yang berjalan berapit-apit di pusat beli belah sambil berpegang-pegang tangan kita anggap mereka itu suami isteri yang sah di sisi syariat Islam. Begitu.

Namun sebenarnya husnu-dzon itu ada hadnya. Kita perlu bersangka baik selagi mana tidak cukup bukti. Adakah lelaki dan wanita yang berpegang tangan itu sudah cukup untuk kita menuduhnya belum bernikah? Tidak bukan? Namun berdasarkan tindakan dan kenyataan Azhar Mansur yang tidak seperti seorang Muslim sejati menimbulkan syak wasangka. Ini suatu perkara yang tidak boleh diambil ringan dan kita terus sahaja bersangka baik. Ini melibatkan soal aqidah yang perlu diteliti. Bahkan pada zaman Khalifah ar-Rasyidin sekalipun orang Islam yang dituduh murtad diselidik habis-habisan. Husnu-dzon itu ada hadnya.

Perlu dinyatakan di sini bahawa saya tidak sekali-kali membuat sebarang kenyataan mengatakan Azhar Mansur itu sememangnya telah murtad. Saya hanya mengemukakan soalan-soalan sahaja. Lihatlah di atas jika tidak percaya. Saya biarkan kepada anda untuk menilai dan berfikir.

(Teringat semasa terlewat untuk kuliyyah subuh bersama seorang lagi sahabat semasa menghadiri Kem Biro Tatanegara (BTN) pada Julai 2006 lepas. Saya dan sahabat ditahan oleh pegawai bertugas. Dia terus sahaja berkata kepada sahabatku yang berada di hadapanku, "Kenapa lewat ke kuliyyah subuh nih? Orang Islam tak patut lewat nih. Solat Subuh tak tadi?" Kemudian dia ternampak aku dan kelihatan seperti terkejut. Dia bertanya kepada aku, "Solat Subuh tak tadi? Kamu orang Islam? Kamu orang Islam tak?" Mungkin kerana darah Cina dalam tubuhku dia pun menyangka aku ini orang Cina. Panas telinga aku mendengar soalan itu. Masakan keIslaman aku dipersoalkan. Namun aku menjawab dengan tenang, "Ye pakcik..." Aku pun menghadiri kuliyyah subuh dengan perasaan sedikit marah.)