Wednesday, February 28, 2007

Terima maafku?

Assalamualaikum.

Buat sesiapa sahaja yang sering kali melawat blog ini tetapi setiap kali dijamu dengan entri-entri lama sahaja, saya memohon kemaafan anda semua.

Tepat hari ini sudah dua minggu menetap di bumi asing Australia. Baru sahaja hari ini saya dapat hubungan Internet. Saya tidak berniat untuk mengisahkan cereka diri saya selama dua minggu ini dalam entri ini. Barangkali entri yang kemudian-kemudian, ya? Memadailah buat masa kini saya menyatakan bahawa terlalu banyak yang berlaku dalam masa yang begitu singkat itu. Sabarlah.

Sekali lagi, maaf...

Saturday, February 10, 2007

The flight - II

Looking back at my previous entries, there are mostly a bit gloomy, wouldn't you agree? I guess I must have lived with those kind of emotions for quite a long time that the mood of my entries had been affected. Hopefully they won't be permanent on me. Oh, I wouldn't want it. Never.

So let's try something with shiny sun, colourful rainbows, singing birds, green grass. Oh well, you get the picture.

Now that I will be flying soon, I am suddenly remembered of a wallpaper I've made especially for my Mama. The correlation of these two, you ask? Well...


This is the wallpaper I mentioned. Click on it if you want to enlarge the small image!

I made it more than a year ago. I dedicated it for my Mama for some reason, which is kinda long story if I were to write it here. If you still want to know (busybody you guys...hehehe...), I suggest you click on the link below, which links you to the web page where I posted the wallpaper to be rated by people all around the world. I was so proud it got top rated on 26th December 2005 - 1st place as Today's Top Rated.

Animepaper - The Way to a Smile

Well, anyway, that's not my point.

The thing is, when I look at the wallpaper, I can't help but feel all warm and happy. The bird effect, I guess. And the birds remind me of my flight. That's why I remembered this wallpaper.
That's all really. Nothing really special. Sorry if I let you down.

I hope you feel happy looking at that wallpaper too.

(And feel free to comment the wallpaper!)

The flight - I

Three. Three. Three.

Three more days before my flight away from home. To most of you, the previous sentence may seem totally innocent.

It is, actually, a sentence that I should be ashamed of. Normally, people would say, "Three more days before my flight to (a country's name)." Instead, I chose to use the phrase "away from home".

I should be ashamed, because that particular sentence came from a part of me who wants to run away from home, away from the problem, away from my heavy burden. I suspected as much. The burden is too heavy to bear. Shame on me.

I should be ashamed of wanting to run away.

Yet it is really what my heart desires. I want to leave behind my burden, and let that burden be carried by others, who already had their share of the burden. I wish to forget, and live my own live there, freely.

Yet it is not as easy as that. The burden can never be removed completely. I can only leave a small fragment of it. And everywhere I go, I shall always shoulder that burden. No matter where.

There is no escape. Not for me.

I should be ashamed of wanting to run away.

Thursday, February 08, 2007

Teacher no longer needed!

September, Oktober, November, Disember, dan Januari.

Lima bulan yang memahat suatu pengalaman dan pengajaran yang begitu bermakna. Selama itulah aku menjadi guru. Aku suapkan ilmu kimia dan biologi ke mulut-mulut muridku yang seramai lebih kurang 10 orang. Semuanya lapar. Harapanku mereka tidak berpura-pura lapar. Datang ke kelas tuisyen semata-mata kerana ayah atau ibu menyuruh, bukan kerana mereka sendiri yang dahagakan ilmu yang tidak puas lagi diteguk di sekolah. Dan harapanku suapku itu benar-benar masuk ke perut, seterusnya ke usus kecil. Cernakan dan asimilasikanlah ilmu itu!

Apa-apa pun, itu bukan pokok utama entri blog aku buat kali ini. Aku ini sering melencong entah ke mana-mana.

Mungkin tajuk entri ini kurang tepat. Aku rasa bukannya aku, sebagai guru tidak lagi diperlukan. Sebaliknya, aku terpaksa meninggalkan murid-muridku. Maafkan cikgu kerana tidak dapat lagi bersama kalian!

Semasa menaip entri ini, ingatanku senang sahaja melayang ke saat aku di bilik berhawa dingin berdiri di hadapan 12 orang muridku. Semuanya menatap wajahku tekun saat aku mengumumkan kelas pada hari itu sebagai kelas yang terakhir.


"Em.... Er.... This class today is actually... your last class with me. Cikgu dah nak berhenti kerja kat sini," kataku perlahan-lahan sambil tersekat-sekat di sana sini. Serentak itu, 12 wajah muda murid lelaki dan perempuan mengarah ke wajahku yang sedang tersenyum pahit. Yang sedang menulis atau mengemas buku pun menghentikan segala apa tangan mereka sedang kerjakan. Aku tergamam seketika melihat wajah-wajah yang berubah riaknya di hadapan mataku.

"Er... cikgu sikit lagi dah nak ke luar negara... nak sambung pelajaran cikgu. I'm going to Australia, studying medicine for five years..." kataku lagi.


"Australia dekat mana cikgu?" tanya Basyir, seorang pelajar yang agak kelakar wataknya. Kelakar yang menyenangkan.

"Dekat Melbourne. Monash University," jawab aku.

"Jadi... tu lah... maksudnya ni kelas terakhir," aku sukar mencari kata-kata. Mungkin kerana gementar? Sedih? Atau kedua-duanya? "Seronoklah korang dapat cikgu baru. Mana tau lagi hensem ke... ataupun cikgu yang cun ke..." aku cuba berseloroh.


Murid-murid aku ketawa hambar. Mereka benar-benar ketawa, tetapi ketawa itu cepat sahaja mati. "Ala... cikgu dah nak berhenti ke? Nak cikgu ajar lagi...Cikgu ajar lagi best..."
Bibirku membentuk suatu senyuman. Namun aku pasti mataku tidak tersenyum. Kalau hendak tahu orang itu benar-benar senyum, lihat matanya, bukan bibir. "Jadi cikgu nak mintak maaf kalau cikgu ada buat salah silap ke... dan kalau korang ada buat silap pulak, cikgu maafkan korang semua. Segala ilmu yang cikgu dah bagi kat korang cikgu halalkan. Cikgu betul-betul berharap dan berdoa agar korang semua cemerlang dalam SPM korang nanti. InsyaAllah," kata aku, tidak mengendahkan rengekan murid aku.

"Setakat sini jelah cikgu dapat bagi ilmu kat korang. Kalau boleh banyak lagi yang cikgu nak bagi. Sebab tu cikgu buat Revision Kit tu untuk korang. Cikgu dah tak boleh bagi ilmu dah, jadi sedikit sebanyak ilmu yang cikgu ada tu cikgu jelmakan dalam bentuk buku tu. Cikgu betul-betul harap korang guna buku tu. Cikgu yakin kalau korang guna buku tu betul-betul, insyaAllah korang punya SPM cemerlang," kataku yakin. Aku yakin dengan buku yang aku hasilkan itu. Komposisi buku itu? Secebis ilmu kimia dan biologi yang telah kukumpul daripada SPM dan IB Diploma serta bahan bacaan tambahan yang lain, selangit harapan, penat lelah, dan tidur pada pukul 3 pagi buat beberapa malam. Seperti yang aku nyatakan dalam entri yang terdahulu, aku manusia yang melakukan yang terbaik dalam segala pekerjaanku. Biarlah aku penat, asalkan hasilnya benar-benar berkualiti. Sekarang baru faham mengapa aku yakin dengan buku itu? Jika kau tidak yakin, suka hati kau. Kau belum melihatnya.

Dalam keyakinan itu, aku masih ingat bahawa kecemerlangan itu bukan disandarkan pada kehebatan buku itu atau sekolam ilmu yang ada pada aku, tetapi disandarkan pada Yang Pemurah dan Yang Bijaksana - Allah. Begitu Pemurah untuk menghadiahkan secebis KebijaksaanNya kepada diriku yang hanya seorang hamba, supaya ilmu itu dapat dikongsi bersama.

Berbalik kepada ceramahku tadi. Aku menyebut tentang buku itu kepada murid-muridku seolah-olah aku ini mahu mempromosi produk sendiri. Memanglah aku dapat duit royalti hasil jualan buku itu, tetapi tujuan promosi itu bukan untuk wang ringgit, sebaliknya supaya ilmu yang yang tidak sempat kusuap itu sampai juga kepada mereka. Alah, bukannya banyak sangat pun duit royalti itu. Betul, aku tak tipu!

"Korang semua rasa sebab apa cikgu susah payah buat buku tu untuk korang? Sebab cikgu nak korang semua berjaya dalam SPM insyaAllah dengan bantuan buku tu. Yelah, walaupun buku tu tak menjamin korang akan dapat 1A dalam Chemistry and Biology, tapi sekurang-kurang peluang korang tu tinggi sikit," sambungku lagi.

"Yakin sangat dengan buku tu. Macam hebat sangat. Bunyi cakap macam riak jer..." mungkin kau akan fikir begitu. Aku sendiri mengaku cara aku bercakap itu seolah-olah begitu hebat sekali buku aku itu. Tetapi aku sukar untuk menyatakannya dengan cara yang lain. Ah, susah betul! Namun percayalah apabila aku berkata bahawa tiada sepercik riak takbur pun yang hadir dalam hati ketika aku berkata sedemikian, kerana dalam hati kerdilku, aku tahu bahawa ilmu yang aku hadirkan dalam buku itu datangnya daripada Allah jua. Aku hanyalah sebagai suatu jalan sahaja.


"Cikgu nak korang berjaya sebab cikgu betul-betul nak tengok orang Melayu yang sering dipandang serong sebagai suatu bangsa yang hanya bergantung kepada subsidi dan bantuan kerajaan tu sebenarnya mampu berdiri sendiri tanpa sebarang bantuan. Tunjukkan kepada bangsa-bangsa lain. Harumkan balik nama Melayu. Naikkan orang Melayu, dan naikkan orang Islam," laju lidahku bertutur memberikan semangat kepada jiwa anak-anak muda Melayu Islam itu.

"Jadi setakat tu jelah pesan cikgu. Heh... dah terlebih 15 minit dah pun ni," aku pun terus mengemas buku-buku dan pen aku di atas meja untuk dimasukkan ke dalam beg oren hadiah percuma insurans.

Aku mengangat kepala untuk melihat murid-muridku masih lagi tercegat di kerusi masing-masing. Ada yang sedang mengemas buku perlahan-lahan.


Aku melihat setiap wajah yang ada di hadapanku satu persatu. Tiada langsung keceriaan dilukiskan pada muka mereka. Yang ada hanyalah kesedihan. Pedih hati ini untuk meninggalkan murid-muridku. Nampaknya lima bulan sudah cukup untuk membuahkan kasih dan sayang terhadap pelajarku. Aku membayangkan bagaimana peritnya guru-guru aku pula memisahkan diri mereka dengan aku dan sahabat-sahabat yang lain sebagai pelajar mereka. Tentunya menyeksakan. Cukup untuk memerah air mata. Namun sakitku tidak sampai membuatkan aku mengalirkan air mata. Aku mengawal riak wajahku. Luka di luar nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu!

"Hai... tak nak balik ke? Baliklah, baliklah... insyaAllah lain kali jumpa lagi. Kalau nak jumpa cikgu lagi, belajar rajin-rajin, lepas SPM ambil IB Diploma, pastu apply Monash University! Dah pergi balik..." aku semacam menghalau mereka pulang. Aku mengukir senyuman terakhir buat mereka di situ.

Sebahagian daripada pelajar-pelajarku yang sempat berfoto denganku.